
Bantuan Mangsa Ah Long & Khidmat Nasihat Hutang Sah
Pusat Advokasi & Perlindungan Pengguna Malaysia (Team Email Rakyat)
Hubungi Segera!!
Kami Bantu Anda
Hanya Dengan Cara Yang Sah!
Sulit • Profesional • Berlandaskan Undang-Undang
TEAM
EMAIL RAKYAT
Kami menyediakan perkhidmatan bantuan dan khidmat nasihat kepada orang awam. Misi kami adalah melindungi hak anda daripada penindasan.
Mangsa pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long)
Baca Panduan Bayar Pokok →Gangguan oleh Debt Collector (Hutang Lapuk)
Ketahui Had Masa & Hak Anda →Salah laku & penyelewengan Syarikat Kredit Komuniti
Prosedur Aduan Rasmi KPKT →Khidmat nasihat berkaitan Hak & Perlindungan Pengguna
Panduan Laporan Polis PDRM →"Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat atau bantuan lanjut, sila hubungi Team Email Rakyat untuk membuat temu janji."
Apa Itu Advokasi?
Advokasi ialah tindakan menjadi suara kepada pihak yang lemah atau teraniaya, terutamanya apabila mereka:
Ah Long Ugut Atau Kacau Anda? Langkah Segera Selesaikan Kes Ah Long di Malaysia
Jangan biarkan sindiket mengawal hidup anda. Ketahui hak anda di sisi undang-undang dan cara selamat keluar daripada perangkap pinjaman haram.
Apa Itu Ah Long?
(What is Ah Long)
Ah Long adalah peminjam wang haram tanpa lesen sah (Akta Pemberi Pinjam Wang 1951). Mereka mengenakan bunga harian melampau, pegang kad ATM atau salinan IC, dan menggunakan taktik ugutan apabila mangsa tidak mampu bayar.
Ah Long Ugut Saya
(Ahlong threatening me)
Sindiket ugut sebar gambar IC, aib di WhatsApp kenalan telefon, atau ugut bakar rumah dan ugut bunuh? Ini kesalahan jenayah Seksyen 503/506 Kanun Keseksaan. Jangan bayar wang ugutan — kumpul bukti untuk tindakan laporan polis rasmi.
Ah Long Kacau Saya
(Ahlong is harassing me)
Diserang dengan simbah cat merah di pintu pagar, rantai kunci pintu rumah, atau kacau tempat kerja dan hubungi bos? Kami bimbing mangsa buat laporan teknikal untuk buka Kertas Siasatan (IP) dan hentikan gangguan serta-merta.
Kes Ah Long Malaysia
(Bayar Pokok Sahaja)
Terperangkap bayar bunga berganda tanpa habis? Kadar bunga haram tidak sah di mahkamah. Ramai mangsa berjaya selesai dengan menghentikan bunga dan hanya menjelaskan baki modal pokok pinjaman secara berstruktur dan sah.
Kes Sebenar Mangsa Ah Long
Dengarkan kisah sebenar mangsa yang terjebak dengan hutang Ah Long sehingga mencecah jutaan ringgit. Ketahui bagaimana situasi ini berlaku dan langkah yang boleh diambil untuk keluar dari masalah secara sah.
- ✔ Kisah sebenar mangsa hutang
- ✔ Risiko pinjaman tidak berlesen
- ✔ Cara penyelesaian yang sah
Kisah Sebenar Mangsa Ah Long
Sentuh untuk memainkan video
Panduan & Jawapan Segera
Ketahui hak anda di sisi undang-undang dan langkah terbaik menghadapi tekanan hutang tidak berlesen atau gangguan pengutip hutang.
01.Apa itu Ah Long dan bagaimana cara mengenalinya?
Ah Long merujuk kepada peminjam wang haram tanpa lesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Ciri-ciri utama sindiket Ah Long termasuklah mengenakan kadar faedah bunga harian/mingguan melampau, menahan kad bank ATM atau salinan IC, menuntut 'wang proses' pendahuluan (upfront fee scam), serta bertindak ganas melalui ugutan mesej, gangguan tempat kerja, atau simbah cat merah apabila mangsa lewat membuat bayaran.
02.Apa perlu buat jika Ah Long ugut saya atau kacau keluarga?
Jangan panik dan JANGAN pinjam daripada pihak lain semata-mata untuk membayar wang bunga ugutan. Hentikan bayaran sesuka hati mereka kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Segera kumpulkan bukti tangkap layar (screenshot) mesej WhatsApp ugutan, rakaman suara, gambar kerosakan dan nombor akaun sindiket. Hubungi Team Email Rakyat untuk bimbingan menyusun kronologi fakta bagi laporan polis teknikal yang sah dan berkesan.
03.Bagaimana cara selesaikan hutang Ah Long di Malaysia (bayar pokok sahaja)?
Dalam kes pinjaman tidak berlesen di Malaysia, kadar bunga melampau tidak diiktiraf di sisi undang-undang. Pendekatan selamat dan sah adalah dengan menghentikan bayaran bunga haram dan hanya menyelesaikan jumlah pinjaman pokok (modal asal) yang diterima sahaja melalui saluran rasmi dan perlindungan keselamatan yang teratur.
04.Bolehkah Ah Long simbah cat merah atau sebar gambar IC dan aib saya?
Tindakan menyimbah cat merah, mengunci pintu pagar, mengugut bakar rumah, atau menyebarkan gambar IC dan fitnah mangsa kepada kenalan telefon adalah perbuatan jenayah berat di bawah Seksyen 503 & 506 Kanun Keseksaan (Ugutan Jenayah), Seksyen 427 (Khianat Harta), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Bukti lengkap membolehkan polis membuka Kertas Siasatan (Investigation Paper) bagi memburu pelaku.
05.Boleh ke saya bayar pinjaman pokok sahaja kepada Ah Long tanpa bayar bunga?
Ya, boleh. Pinjaman tanpa lesen melanggar undang-undang negara, maka kadar bunga mereka adalah batal dan haram. Ramai mangsa berjaya keluar dari jerat sindiket dengan menolak bayaran faedah yang menindas dan hanya menjelaskan baki modal pokok sebenar dengan bimbingan advokasi undang-undang yang tepat.
06.Adakah saya akan ditangkap polis jika buat laporan polis kena ugut Ah Long?
Tidak sama sekali. Sebagai peminjam yang diugut, anda adalah mangsa jenayah pemerasan. Pihak PDRM memerlukan laporan anda bagi melindungi keselamatan nyawa serta menjalankan siasatan terhadap akaun keldai dan sindiket jenayah berkenaan.
07.Bagaimana jika diganggu agensi pengutip hutang (Debt Collector) atau syarikat kredit komuniti?
Pengutip hutang dan syarikat pinjaman berlesen tertakluk kepada garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM) dan KPKT. Mereka dilarang menceroboh privasi, mengugut, atau mengganggu tempat kerja. Kami membantu anda menyemak baki sebenar, mencabar caj tidak munasabah, dan menyusun tawaran penyelesaian bayaran penuh (full settlement) yang sah.
Masih Menghadapi Tekanan & Ugutan?
Setiap minit penting sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Hubungi Team Email Rakyat untuk perbincangan sulit dan langkah penyelesaian sah.
