
Tentang Team Email Rakyat
The ER Advocacy Sdn. Bhd. — Khidmat Nasihat Mangsa Ah Long & Hak Pengguna
MEMPERKASA HAK, MEMULIHKAN KEHIDUPAN
Email Rakyat ditubuhkan sebagai benteng pertahanan pengguna. Misi kami adalah menyediakan khidmat konsultansi yangbebas, tegas, dan berfakta bagi membebaskan masyarakat daripada belenggu penindasan.
Integriti
Prinsip tidak berkompromi dengan sindiket. Nasihat berlandaskan undang-undang.
Kerahsiaan
Maklumat mangsa adalah sulit. Zon selamat untuk berkongsi masalah.
Profesionalisme
Tindakan disokong fakta, dokumentasi lengkap, dan prosedur rasmi.

Raja Emel
Pengerusi (Chairman)
Raja Emel merupakan seorang bekas pengamal media arus perdana New Straits Times dan aktivis masyarakat yang berpengalaman lebih kurang 20 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menyelesaikan kira-kira 20,000 aduan rakyat Malaysia, dengan pendekatan unik menggunakan medium emel sepenuhnya, sehingga digelar “Raja Emel”.
Beliau mempunyai minat mendalam dalam memperjuangkan dan menyelesaikan isu-isu rakyat, berlandaskan ilmu, pengalaman serta kefahaman terhadap sistem dan tatakelola agensi berkaitan. Gabungan pengalaman media, kemahiran komunikasi dan ketekunan dalam tindakan telah membolehkan beliau membantu rakyat mendapatkan keadilan serta penyelesaian yang sewajarnya.
Beliau juga dikenali sebagai seorang pejuang rakyat yang kental dan berprinsip, tidak pernah gentar atau takut dalam memperjuangkan isu-isu rakyat, walaupun berdepan tekanan, cabaran atau halangan daripada pihak berkepentingan.

Muhammad Jazli
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Tuan Jazz merupakan seorang individu yang berdedikasi dan berprinsip, dengan pengalaman dalam pengurusan operasi perniagaan, sokongan konsultansi, serta penyelarasan pentadbiran. Beliau juga aktif dalam kerja-kerja aktivisme dan advokasi, khususnya dalam usaha meningkatkan kesedaran awam, sokongan komuniti, serta inisiatif berkaitan hak dan kebajikan masyarakat. Penglibatan ini mencerminkan komitmen beliau terhadap tanggungjawab sosial, ketelusan, dan penglibatan awam yang bermakna.
Selain pengalaman operasi, Tuan Jazz memiliki kemahiran perhubungan awam dan komunikasi yang kukuh. Beliau berpengalaman dalam mengurus hubungan dengan pihak berkepentingan, mengendalikan komunikasi sensitif, menyelaras penyampaian mesej awam, serta berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat secara profesional dan berhemah. Keupayaan beliau berkomunikasi secara jelas dan strategik membolehkan beliau menjadi penghubung berkesan antara organisasi, masyarakat awam, dan pihak berkuasa berkaitan.
Dikenali dengan integriti, ketelitian, dan pendekatan yang tenang dalam situasi mencabar, Tuan Jazz menggabungkan pengetahuan praktikal perniagaan dengan nilai advokasi yang kukuh. Beliau terus memperkasa kemahiran dan pengalamannya melalui penglibatan langsung dan kerjasama strategik, dengan matlamat menyumbang secara positif kepada pembangunan organisasi, pemerkasaan komuniti, dan impak jangka panjang yang mampan.

Muhammad Hafiz
Ketua Pegawai Kewangan (CFO)
Muhammad Hafiz merupakan seorang profesional korporat dengan hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, pembangunan perniagaan, operasi dan pengurusan strategik merangkumi pelbagai industri termasuk keusahawanan, hartanah, teknologi informasi, kejuteraan, makanan & minuman, pusat data, analisis pemasaran, pengurusan acara, peruncitan, perkhidmatan, pemasaran, kecergasan, kitar semula, dan aktivis.
Sebagai Chief Financial Officer (CFO), beliau bertanggungjawab menerajui strategi kewangan syarikat, pengurusan cash flow, kawalan kos, tadbir urus serta menyokong keputusan perniagaan melalui analisis kewangan dan perancangan strategik.
