
Perkhidmatan Khidmat Nasihat Mangsa Ah Long & Hutang Sah
The ER Advocacy Sdn. Bhd. — Team Email Rakyat
SOLUSI & BIMBINGAN
TEAM EMAIL RAKYAT menyediakan perkhidmatan bantuan dan khidmat nasihat kepada orang awam secara profesional dan berintegriti.
Mangsa Pinjaman Wang Tanpa Lesen (Ah Long)
Kami menyediakan khidmat nasihat serta bantuan kepada individu yang menjadi mangsa pinjaman wang tanpa lesen (Ah Long). Segala tindakan dan panduan yang diberikan adalah berlandaskan undang-undang, dan tidak melibatkan sebarang rundingan dengan sindiket atau Ah Long.
Gangguan Debt Collector & Hutang Lapuk
Kami menyediakan khidmat nasihat serta membantu penghutang sebagai perantara antara pihak pemiutang (bank atau syarikat kredit) bagi mendapatkan tawaran penyelesaian bayaran penuh (full settlement) atau penjadualan semula pinjaman yang jelas, telus, dan berdasarkan jumlah sebenar yang dipersetujui.
Salah Laku Syarikat Kredit Komuniti
Kami menyediakan khidmat nasihat, serta bantuan kepada penghutang untuk membuat aduan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkaitan salah laku antaranya jumlah faedah, penyelewengan kewangan, dan pelanggaran undang-undang oleh syarikat Kredit Komuniti.
Hak & Perlindungan Pengguna
Khidmat nasihat berkaitan hak pengguna dan perlindungan undang-undang terhadap penindasan pengguna.
METODOLOGI KAMI
Proses 4 Fasa Pemulihan yang jelas dan terstruktur
Kumpul Bukti
Analisis bukti ancaman dan pengesahan fakta kes.
Draf Repot
Penyusunan fakta kronologi untuk laporan polis yang teknikal.
Proses Undang-Undang
Desakan agar Kertas Siasatan (Investigation Paper) dibuka untuk pendakwaan.
Pemantauan Kes
Rekod corak gangguan susulan sebagai bukti tambahan.
Panduan & Jawapan Segera
Ketahui hak anda di sisi undang-undang dan langkah terbaik menghadapi tekanan hutang tidak berlesen atau gangguan pengutip hutang.
01.Apa itu Ah Long dan bagaimana cara mengenalinya?
Ah Long merujuk kepada peminjam wang haram tanpa lesen di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Ciri-ciri utama sindiket Ah Long termasuklah mengenakan kadar faedah bunga harian/mingguan melampau, menahan kad bank ATM atau salinan IC, menuntut 'wang proses' pendahuluan (upfront fee scam), serta bertindak ganas melalui ugutan mesej, gangguan tempat kerja, atau simbah cat merah apabila mangsa lewat membuat bayaran.
02.Apa perlu buat jika Ah Long ugut saya atau kacau keluarga?
Jangan panik dan JANGAN pinjam daripada pihak lain semata-mata untuk membayar wang bunga ugutan. Hentikan bayaran sesuka hati mereka kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Segera kumpulkan bukti tangkap layar (screenshot) mesej WhatsApp ugutan, rakaman suara, gambar kerosakan dan nombor akaun sindiket. Hubungi Team Email Rakyat untuk bimbingan menyusun kronologi fakta bagi laporan polis teknikal yang sah dan berkesan.
03.Bagaimana cara selesaikan hutang Ah Long di Malaysia (bayar pokok sahaja)?
Dalam kes pinjaman tidak berlesen di Malaysia, kadar bunga melampau tidak diiktiraf di sisi undang-undang. Pendekatan selamat dan sah adalah dengan menghentikan bayaran bunga haram dan hanya menyelesaikan jumlah pinjaman pokok (modal asal) yang diterima sahaja melalui saluran rasmi dan perlindungan keselamatan yang teratur.
04.Bolehkah Ah Long simbah cat merah atau sebar gambar IC dan aib saya?
Tindakan menyimbah cat merah, mengunci pintu pagar, mengugut bakar rumah, atau menyebarkan gambar IC dan fitnah mangsa kepada kenalan telefon adalah perbuatan jenayah berat di bawah Seksyen 503 & 506 Kanun Keseksaan (Ugutan Jenayah), Seksyen 427 (Khianat Harta), dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Bukti lengkap membolehkan polis membuka Kertas Siasatan (Investigation Paper) bagi memburu pelaku.
05.Boleh ke saya bayar pinjaman pokok sahaja kepada Ah Long tanpa bayar bunga?
Ya, boleh. Pinjaman tanpa lesen melanggar undang-undang negara, maka kadar bunga mereka adalah batal dan haram. Ramai mangsa berjaya keluar dari jerat sindiket dengan menolak bayaran faedah yang menindas dan hanya menjelaskan baki modal pokok sebenar dengan bimbingan advokasi undang-undang yang tepat.
06.Adakah saya akan ditangkap polis jika buat laporan polis kena ugut Ah Long?
Tidak sama sekali. Sebagai peminjam yang diugut, anda adalah mangsa jenayah pemerasan. Pihak PDRM memerlukan laporan anda bagi melindungi keselamatan nyawa serta menjalankan siasatan terhadap akaun keldai dan sindiket jenayah berkenaan.
07.Bagaimana jika diganggu agensi pengutip hutang (Debt Collector) atau syarikat kredit komuniti?
Pengutip hutang dan syarikat pinjaman berlesen tertakluk kepada garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM) dan KPKT. Mereka dilarang menceroboh privasi, mengugut, atau mengganggu tempat kerja. Kami membantu anda menyemak baki sebenar, mencabar caj tidak munasabah, dan menyusun tawaran penyelesaian bayaran penuh (full settlement) yang sah.
Masih Menghadapi Tekanan & Ugutan?
Setiap minit penting sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Hubungi Team Email Rakyat untuk perbincangan sulit dan langkah penyelesaian sah.
